Selamat Datang ke Kelas Harapan

Hmmmm….. hari ni kat sekolah punya kisah, masa aku tengah sibuk2 examine ujian diagnostik & pengamatan tetiba cikgu azizah panggil aku. Dia kata pegawai PPD datang nak jumpa aku. Aku pon dengan gumbiranya pegi ke bilik guru. Wah! En Shaed rupanya. Ingatkan En. Azmi yg datang.

Lepas bertanya khabar en shaed kata "Saya datang nak tengok kelas cikgu wahida, JPN suruh datang tengok nanti kita nak buatkan kelas baru untuk cikgu wahida"

En shaed ikut aku ke kelas aku. Belum sempat dia abis bukak kasut dia merungut panas. Yela, kelas aku atap zink jer, asalnya rumah guru lama. Kalo nak kompare ngan opis dia yg dingin tu memang mcm komputer ngan karipap la punya jauh bezanya!!!

"Insya allah dengan peruntukan yg sedia ada, cikgu akan dapat kelas yg lebih besar dari ni & ada air-cond. Cikgu dlm kategori PPPS, cikgu golongan profesional jadi cikgu layak dapat kelas & bilik yg lebih baik". Terima kasih en shaed & PPD. Selama hampir 8 bulan aku ngaja cni aku tak penah berangan nak air-cond pon. Yg aku dok berangan tiap2 hari ialah : aku nak cat kelas aku ni warna pink & lukis gambo2 pooh ke mickey mouse ke, garfield ke… tapi apakan daya, keadaan kelas tu sendiri stakat ni tak mengizinkan…. uhh sedih btol…

en shaed pesan lagi, dia kata dengan budak2 pemulihan ni jangan la marah diorang teruk2 sangat. setakat cubit nak mengajar takpe, jangan sampai jadi kes kat PPD/JPN/KPM plak coz dia kata PPD dah penah dapat kes cikgu staple telinga budak!!!!!!!. Adeehhh sakitnya…

Lepas bincang pasal sekolah, PNP, kelas & masalah2 yg aku hadapi, en shaed sembang2 "hal-hal lain". 4 kali dia tanya pasal abah aku. "Abah mike dah pencen kan? "Abah mike dok buat ape le ni?" "Abah mike sihat?" "Abah mike berapa cucu dah?". Adeh…

One Response to “Selamat Datang ke Kelas Harapan”

  1. Syafini Says:

    Salam

    Tahniah, mungkin kelas akak antara yg terpilih secara berperingkat utk naik taraf. Nti dengar khabar akan dilengkapi dengan peralatan ICT. Selamat mengajar.

Leave a Reply